Assalamu'alaikum semua..
Alhamdulillah dari dulu sampai sekarang Allah sayangkan kita dengan beri peringatan demi peringatan supaya tak lari dari jalan lurus kepadaNya…semoga kawan-kawan yang membaca post ini Allah jadikan seorang yang kaya jiwa dan harta dan berjaya dunia akhirat…
Alhamdulillah dari dulu sampai sekarang Allah sayangkan kita dengan beri peringatan demi peringatan supaya tak lari dari jalan lurus kepadaNya…semoga kawan-kawan yang membaca post ini Allah jadikan seorang yang kaya jiwa dan harta dan berjaya dunia akhirat…
Zaman sekolah adalah zaman yang paling best, rasa nak
kembali ke zaman tu dengan diri kita yang sekarang ni, yang penuh pengalaman
supaya lakukan apa yang patut dibuat masa tu...Haha…terblues la pulak… Hehe…sambung
story…
Masa sekolah dulu, macam saya cerita lah sebelum ni, tudung
saya selempang ke bahu dan pin…Biarpun saya JATUH CINTA dengan tudung labuh
bulat yang dipakai oleh kawan baik saya yang tinggal di Taman Sri Pulai, saya
tak mampu dan tak tergamak nak minta tudung baru dari mak saya… Kemudian saya buat
tudung tu macam biasa saja, kedua-dua bucu berada didepan dan pinkan, tapi saya
dapati kalau saya bongkok ke tunduk nak buat kerja, mesti ternampak leher. Saya
tukar lagi pesen, kali ni silang kiri dan kanan tapi masih paras bawah dada dan
tutup bahu…
Berterusanlah dari satu fesyen ke satu fesyen hinggalah
tudung awning yang biasa orang panggil ‘Tudung Indon’ mula popular dalam
pasaran. Tudung segitiga semakin tak ramai yang pakai. Namun saya pula dah
beralih ke tudung labuh segitiga… Ucapan terima kasih buat mak angkat saya Mak
Liza kerana sumbangkan tudung-tudungnya masa kerja dulu. Memang perlu pin sana sini
tapi best sebab labuh…
Tapi susah sikit bila jalan-jalan sebab anak kecil lagi masa
tu, so pilihan kedua adalah tudung lycra, tapi security dan perasaannya tak
berapa best. Rasa macam melekap je dan nampak bentuk badan di mana-mana…(Maaf
ye, ini perasaan saya. Harap tak ada yang tersinggung…)
“Tak boleh jadi nih! Mesti ambil tindakan luar biasa. Cari penjual
kain koshibo dan beli banyak-banyak jahit sendiri…hmmm!”
First time hasilkan pakaian sendiri, puas rasanya. Pakai pun
selesa. Saya JATUH CINTA dengan tudung Koshibo dari semua segi.
Tebal tapi
lembut, beralun tapi secure. Tak perlu risau apa gaya yang dibuat, tangan
tergawang secara tak sengaja pun tak perlu risau nampak bentuk badan…dan paling
best, tak perlu pakai telekung…pakai pakaian sedia da je, kecuali jika terkena
najis, wajiblah bersihkan.
Semoga Allah terima amal yang dilakukan kita semua…

No comments:
Post a Comment