Tuesday 12 November 2013

Impianku Berniqab

Assalamu'alaikum dan selamat pagi semua...

Dua tiga menjak ni dah semakin kurang wanita berniqab yang saya lihat disekeliling saya. Dan kalau ada, saya tak dapat elak mesti nak pandang betul2 dan perhatikan jenis niqab yang dipakai...

Kalau dulu memang rasa lain bila lihat wanita berniqab dan sangat terasa dalam hati bahawa mencintai Allah dan mengamalkan sunnah tu lebih indah dan menenangkan jiwa...Memang terasa nak pakai dan saya juga tak mahu beri alasan kenapa saya tidak memakainya...cukuplah saya simpan dulu niat ni dalam hati, moga suatu hari nanti bila Allah menentukan bahawa saya telah bersedia, saya akan dapat pakai juga niqab...

Bercakap tentang impian ni, saya telah mengambil langkah untuk jadi Agen Dropship Niqab Online. Kerana masih baru, saya belum lagi mendapat gambar-gambar produk untuk dikongsikan kepada semua. Namun ini tidak menghalang saya untuk menerima tempahan dari cikpuan-cikpuan untuk mendapatkan niqab yang lembut dan gebu dari FB Niqab Online.

Semoga dengan memudahkan kalian semua mendapatkan niqab, Allah akan mudahkan dan bantu saya capaikan impian saya untuk berniqab...



Click pix to visit the Page

Friday 1 November 2013

Impian Memiliki 20 Helai Jubah Berwarna HITAM

Assalaamu'alaikum semua...

Saya doakan kalian semua ceria, sihat dan kaya raya hendakNya...

Semangat untuk  menjahit kembali...tapi kali ni bukan tudung...nak membanyakkan koleksi Jubah Hitam sendiri... Nak jahit cara jubah arab. Lebih kurang 4.5meter kain bidang 60...

Seronok bila berangan, lagi seronok kalau dapat realisasikannya...saya tak mahu tunggu tapi terpaksa tunggu nak bincang dengan encik husband nak beli juga mesin jahit tepi...sekarang ni amat sukar nak siapkan jahitan. bila dah potong kain, sat gi kena letak tepi...Nak drive keluar ke kedai untuk hantar jahit tepi...uuuurrrghh tak senang hatinya...

Kalau ada mesin overlock tu boleh la siapkan terus... Hari tu ada jumpa satu mesin overlock 2 jarum 4 benang jenama Toyota (Jenama Kereta Idaman ku yang DULU...Ahaha...)...Harganya lebih murah berbanding Brother 3034d...Cumanya tak tau la kan manualnya macam mana...boleh jahit tepi halus ke tak dan lain-lain perkara berkaitan...

"Kejap jahit tepi, kejap overlock, apemende semua ni???"

Tanya Dik Jijah yang langsung tak tahu menahu pasal jait menjait ni...

"Overlock tu maksudnye jahit tepi lah"

Jawab Kak Zura Ibrahim, rakan Facebook puan empunya Busana Jalinan Kasih...

Mesin jahit brother tu masih menjadi idaman hati...tapi kalau encik husband bermurah hati nak belikan mesin jahit Epal Janome plus kursus Kepakaran Jahitan yang harga ribu-ribuan tu, saya berBESAR HATI terima...wink wink >.<....hehe...

Apa yang special sangat dengan mesin jahit Epal tu?

Cer teka....

Saya tinggalkan persoalan (yang dah ada jawapannya pun) to kalian my silent reader...Thanks sudi baca cerita karoot komedia ni sampai habis...

Wassalam...