Tuesday 22 October 2013

Kisah Kupon Parking dan Tudung - Rentetan Semalam

Assalamu'alaikum...

Baru semalam saya cerita tentang kecelaruan saya plan nak buat yang mana satu...Rentetan dari semalam memang saya minta sangat Allah tunjukkan apa yang patut saya buat...

Saya teruskan juga kelangsungan hidup ni dan pergi ke kedai untuk hantar tudung untuk dijahit tepi. Tauke kedai tu minta saya ambil petang sikit, tapi saya insist minta dia siapkan segera...tak mau la ulang alik berkali-kali...so dalam setengah jam saya perlu datang balik... saya pergi la ke kedai stamping...siap sempat ke jusco beli roti untuk anak-anak...

Sampai sampai, tak siap lagi...So tunggulah juga. Tiba-tiba ade sorang akak ni masuk kedai tanye tukang jaga kedai tu...

Akak M: Mis, Ada jual kupon sejam tak?

Mis Kedai: Ada, satu buku RM8...

Akak M: Ala, saya nak sekeping je, saya jarang datang sini. Sekeping tak ada eh?

Mis Kedai: Tak ada kak. Sori.

Akak M: ok tak pe la...

Akak tu pun berlalu. Saya ingat nak biar je padahal saya ada je kupon tu sekeping...ape la salahnye kan bagi sekeping kat akak tu, mungkin dia memang jarang datang, malas nak beli sebuku nanti bazir expired pulak...ahaha...

Saya berlari kura-kura keluar dari kedai dan sapa akak tu.

Acik Y: Akak nak kupon sekeping je ke?

Akak M: A'ah...Akak jarang datang sini, tu yang nak sekeping je.

Acik Y: Saya ada. Jap eh saya ambil dalam kete. (Saya pun pegi ke kereta dan ambil)

Saya hulur kupon pada dia dan dia beri saya singgit. Tak tertolak pulak singgit tu...

Akak M: Terima kasih...

Acik Y: Akak buat apa kat sini?

Akak M: Akak ke kedai beli barang sikit.

Acik Y: Akak keje apa? Saya dari UTM

Akak M: Akak jahit tudung...biasa kat rumah je, jarang keluar...tempahan banyak tu yang jarang keluar.

Acik Y: La, ye ke? Saya pun jahit tudung. Ni ha gi hantar jahit tepi.

Akak M: Ye ke? Akak pun memang tengah cari orang untuk tolong akak siap kan tempahan...awak jahit tudung apa?

Dot dot dot...

Panjang juga cerita...Kami akhirnya bertukar-tukar no telefon dan pamit pergi...akak tu mesti dah risau kereta dia parking tak berkupon. Saya pulak rancak ajak dia berbual...ahhahaha...

Alhamdulillah...Allah tunjukkan jalan...biarpun masih merangkak dan hanya tahu jahit tudung koshibo, saya mahu buka minda diri hati untuk belajar jahit tudung dar jenis fabrik lain...

Terima kasih semua atas doa kalian...Semoga Allah permudahkan sampai kepada hajat kita masing-masing....

Wassalam...

Monday 21 October 2013

Plan yang bercelaru...Help!

Assalamu'alaikum semua...

Sejak akhir-akhir ini saya seolah-olah melarikan diri dari dunia cyber. Jujur saya katakan yang saya rasa down sangat bila baca post-post yang tak putus-putus di facebook Komuniti Jutawan Industri, dan semua sedang mengorak langkah menghasilkan sesuatu, mempromosi sesuatu, dan mula dapat pelanggan yang ramai...

Ah...mungkin andaian saya saje...

Saya lebih down bila hadapi masalah nak ambil gambar, edit, upload gambar untuk pelancaran tudung Hoodie 4G dan idea yang masih berlegar-legar dalam kepala... nak buat tudung layer koshibo kain bunga, tak beli kain lagi, tak ada kamera, hanya ada kamera fon, photoshop, tak ada mesin jahit tepi, tiada tempahan kerana baru ada gambar tudung biasa je...nak bagi tudung pada Mira SA Bloom untuk display di kedai sempena Festival Konvo UTM 23-30 Oktober 2013...

Aaaargh...banyak nye benda nak buat tapi banyak juga kekurangan...sangat sedih dan tak berdaya...

Lebih rasa sangat kekurangan ilmu bila hari sabtu baru ni (19/10/2013) gi survey mesin jahit Janome Epal yang harganya boleh tahan mahal tapi full of knowledge yang boleh dapat dengan pakej Kepakaran Jahitan yang diberikan mereka...tiba-tiba terasa nak beralih angin ke bidang jahitan pakaian kanak-kanak, lelaki dan perempuan. Nak buat jubah anak perempuan dan lelaki, seluar panjang untuk anak lelaki, skirt untuk anak perempuan, telekung dan sejadah kanak-kanak, soft toys, papan abc, alif ba ta, nombor roman dan arab 123....Ada lagi...Beg botol air dan bekas makanan gambar stroberi...baju kurung, tudung anak-anak kecil yang comel...

Aaaaargh...banyaknya nak buat... Terasa diri ni sangat cetek ilmu jahitan...kasihan mereka, susah nak cari pakaian yang menutup aurat dengan sempurna...huhu...

Tapi ini semualah yang menyebabkan saya bergantung sepenuhnya kepada Allah untuk membantu...

Sebaik saya dah ada idea dan nak setup fanpage dan company, saya nak cari team, tapi tiada siapa mahu bila saya approach secara personally...or bahasa mudahnya saya takut nak post publicly siapa yang saya perlukan kerana saya tidak menjanjikan pulangan or gaji yang lumayan. hHanya dapat bantu marketkan nama-nama mereka yang dah tolong saya...Ada ke orang yang nak tolong tanpa bayaran dalam bentuk monetary? Hanya promo nama person atau company yang tolong produk saya masuk online.

Siapalah saya. Bukannya popular mana pun macam DAO, kan?

Tapi macam mana saya nak buat online presence jika saya harus buat semuanya sendiri.



Ini plan saya, kalau perlu pembetulan atau penambahbaikan, mohon berikan cadangan:

Plan Wonder Pets (Kerjasama):

1. Dapatkan sesiapa yang boleh bantu ambil gambar dan edit supaya jadi sebuah banner produk yang cantik utk FB. Dan boleh digitize logo/label tudung yang saya dah lukis atas kertas.

2. Dapatkan sesiapa yang boleh promo di FB untuk dapatkan tempahan: upload di fanpage, personal page, blog.

Untuk mereka-mereka ni (No. 1 & 2) saya akan mention dan selalu mention siapa yang tolong ambil gambar dan buat edit, dan buat promo supaya sepada sesiap yang berminat boleh contact diorang untuk dapatkan perkhidmatan berbayar dari mereka...

3. Berikan promo agen dropship kepada sesiapa yang beli produk.

4. Bila dah banyak tempahan @ tempahan pukal, beli mesin-mesin yang perlu, cari pekerja di kalangan ibu-ibu tunggal, kalau tak pandai jahit, beri latihan. Boleh bawa anak dan akan sediakan tempat mengasuh...Daftar company, kalau boleh Sdn. Bhd.

5. Lantik someone yang pakar untuk fikir tentang upah pekerja, servis mesin, berbaloi tak dengan harga produk...

Dah bercelaru dah...

Tujuan paling besar saya adalah bantu ibu-ibu tunggal terutama yang beragama Islam tak kira bangsa apa untuk ada pendapatan sendiri sambil jana ekonomi Islam...

Plan juga sebahagian hasil pendapatan nak salur ke institusi yang sepenuhnya bergantung kepada infaq. Dah ada dah organisasi tu, hanyak laksanakan selepas company ni dapat sales dan pusingan yang boom...buat masa ni kapasiti hanya personal money...huhuhuuu........berapa ciput la sangat...

Sekian dulu...nak gi basuh muka...

Wassalam..

Wednesday 16 October 2013

Jatuh Cinta Dengan...........

Assalamu'alaikum semua..

Alhamdulillah dari dulu sampai sekarang Allah sayangkan kita dengan beri peringatan demi peringatan supaya tak lari dari jalan lurus kepadaNya…semoga kawan-kawan yang membaca post ini Allah jadikan seorang yang kaya jiwa dan harta dan berjaya dunia akhirat…

Zaman sekolah adalah zaman yang paling best, rasa nak kembali ke zaman tu dengan diri kita yang sekarang ni, yang penuh pengalaman supaya lakukan apa yang patut dibuat masa tu...Haha…terblues la pulak… Hehe…sambung story…

Masa sekolah dulu, macam saya cerita lah sebelum ni, tudung saya selempang ke bahu dan pin…Biarpun saya JATUH CINTA dengan tudung labuh bulat yang dipakai oleh kawan baik saya yang tinggal di Taman Sri Pulai, saya tak mampu dan tak tergamak nak minta tudung baru dari mak saya… Kemudian saya buat tudung tu macam biasa saja, kedua-dua bucu berada didepan dan pinkan, tapi saya dapati kalau saya bongkok ke tunduk nak buat kerja, mesti ternampak leher. Saya tukar lagi pesen, kali ni silang kiri dan kanan tapi masih paras bawah dada dan tutup bahu…


Berterusanlah dari satu fesyen ke satu fesyen hinggalah tudung awning yang biasa orang panggil ‘Tudung Indon’ mula popular dalam pasaran. Tudung segitiga semakin tak ramai yang pakai. Namun saya pula dah beralih ke tudung labuh segitiga… Ucapan terima kasih buat mak angkat saya Mak Liza kerana sumbangkan tudung-tudungnya masa kerja dulu. Memang perlu pin sana sini tapi best sebab labuh…

Tapi susah sikit bila jalan-jalan sebab anak kecil lagi masa tu, so pilihan kedua adalah tudung lycra, tapi security dan perasaannya tak berapa best. Rasa macam melekap je dan nampak bentuk badan di mana-mana…(Maaf ye, ini perasaan saya. Harap tak ada yang tersinggung…)


“Tak boleh jadi nih! Mesti ambil tindakan luar biasa. Cari penjual kain koshibo dan beli banyak-banyak jahit sendiri…hmmm!”


First time hasilkan pakaian sendiri, puas rasanya. Pakai pun selesa. Saya JATUH CINTA dengan tudung Koshibo dari semua segi. 

Tebal tapi lembut, beralun tapi secure. Tak perlu risau apa gaya yang dibuat, tangan tergawang secara tak sengaja pun tak perlu risau nampak bentuk badan…dan paling best, tak perlu pakai telekung…pakai pakaian sedia da je, kecuali jika terkena najis, wajiblah bersihkan.

Semoga Allah terima amal yang dilakukan kita semua…

Tuesday 15 October 2013

Kisah Tudung: Milk Chocolate & Dark Chocolate

Assalamu’alaikum semua….



Kali ni saya nak share pasal Tudung Coklat yang setia menemani saya dikala susah dulu. Saya dah bekerja di pasar-pasar malam sekitar johor sejak berumur 15 tahun lagi untuk mencari wang saku dan beri sikit pada mak. Saya pakai tudung yang bercorak,bentuk 3 segi, warna coklat dan selempang silang sebelah pinkan kat bahu hampir setiap minggu bekerja. Dulu saya susah, jadi pakai apa yang ada…kadang-kadang pinjam mak punya.

Tapi kriteria ni MESTI ada: Labuh sampai bawah dada @ sampai paras pusat, tak jarang, dan tutup bahu.

So kadang-kadang tudung tu saya ganti-ganti dengan tudung lain, tapi saya jadi lebih berhati-hati dan jaga tudung sebab tudung yang lain tak selasak tudung coklat tu. Berpanas berhujan saya dah rasa. Kerja dari cuma tahu bungkus makanan sampai setup gerai pasar malam tu, siap boleh buka payung gerai yang tersangaaaaat la beratnya tu, tetap setia dengan tudung coklat tu juga… hari berniaga adalah rabu, jumaat, sabtu dan ahad. So tudung tu yang saya pakai. 

Saya ada 2 tudung yang berwarna coklat, satu warna Milk Chocolate, dan satu lagi Dark Chocolate…Sayang sangat tudung tu walaupun setiap kali balik dari berniaga, bau minyak dan bau masakan melekat dengan tersangaaaaaat tebalnya…


RINDU KAT TUDUNG TU tapi biarlah ia berkhidmat untuk orang lain pula…J

Monday 14 October 2013

Salam Perkenalan: Semula...

Assalamu'alaikum...

Tak sangka dalam perjalanan saya menceburkan diri dalam bidang yang tak berapa nak baru bagi saya ni, saya discover minat dan passion saya telah berubah... 

Oleh itu, biarlah saya perkenalkan diri semula:

Assalamu’alaikum semua.

Nama saya Yuni Nuraini binti Roslan dari Skudai, Johor.

Kepakaran saya adalah menjahit tudung koshibo dan menginovasikan tudung muslimah khasnya tudung labuh bulat yang lebih bergaya dan menutup aurat dengan sempurna dengan saiz yang sesuai dengan setiap pemakainya.

Berapa ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan item-item yang telah dihasilkan dan mengetahui kesesuaian tudung dengan bentuk badan cikpuan semua, sila ‘LIKE’ dan komen ‘Saya Mahu Tahu!

Thursday 3 October 2013

Ego Sensitivity

السلا م عليكم

Selamat sejahtera

Hari ni saya nak bercerita tentang Ego para suami (zauj/azwaj) yang membuat mereka ni sensitif. Once touched, diorang akan ingat sampai bila-bila dan mungkin…TIADA MAAF BAGIMU. In this part, isteri (zaujah) perlu SANGAT berhati-hati apabila nak ajak bincang. Perlu faham cara fikir zauj masing-masing. 

OK, yang pertama sekali:

Kejantanan

Maafkan saya jika ada sesiapa yang tersinggung dengan tajuk ini tapi para zaujah perlu tahu bahawa jika kalian mungkin ditakdirkan lewat dapat anak, jangan terus suruh zauj kalian go for check up. Usually zaujah yang kena check up dulu, but in certain cases, let say zaujah tu dulunya janda ada anak, dan bila kawin sekali lagi, tetiba lambat dapat anak. Tekanan dari keluarga juga boleh menjadi punca zauj kalian akan jadi sangat sensitif.

Ini akan sangat mengguris hati zauj anda. Mungkin perkara ni memang di ketahui tanpa perlu diberitahu. Tapi tahukan kalian ada satu lagi part yang boleh menyebabkan mereka meledak hingga menyebabkan perceraian. Nak tahu lebih lanjut? Boleh follow blog ni dan dapatkan newsfeed di Dashboard anda setiap hari. Saya akan sambung pada 2nd part pula. Ustaz di tempat kerja saya kata:

Walau apapun yang kamu lakukan
jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.”
~Ust. Sayed Mahussain Sayed Ahmad Al-Idrus~

Semoga Allah memberikan Kekayaan dan Kejayaan kepada anda!


Wassalam.

Tuesday 1 October 2013

Disiplin dan Perkahwinan

Semalam saya ceritakan tentang value yang saya pelajari dari Intensif Jutawan Industri 2013 Terakhir (T__T) iaitu DISIPLIN. Buat kerja peribadi pada waktu peribadi, dan buat kerja di tempat kerja dalam waktu bekerja. Begitu juga dengan surirumah. Ada waktu bekerja dan perlu juga ada waktu untuk diri sendiri saja, nak buat apa saja yang diminati atau bahasa mudahnya hobi.

Setiap pasangan perlu membentuk DISIPLIN diri dan pembahagian masa yang mantap SEBELUM melangkah ke gerbang perkahwinan. Saya highlightkan perkataan SEBELUM kerana, ramai antara pasangan muda mengambil ringan hal ni dan mungkin mahu cuba adjust selepas berkahwin. Dalam perkahwinan, setiap individu mempunyai peranan masing-masing untuk memberi manfaat kepada pasangan dan rumahtangga yang dibina. Mereka perlu bijak membahagikan masa dan menyusun rutin harian supaya tidak ada tanggungjawab yang tertinggal atau jadi kelam kabut setiap hari coz tak boleh nak adjust dengan perubahan yang dilalui.

Sebagai contoh, calon dan bakal isteri perlu memantapkan pembahagian masa mereka untuk melakukan kerja-kerja rumah dan tidak mencampuradukkan antara kemahuan peribadi dan keperluan rumahtangga.

Contoh rutin harian seorang isteri berkerjaya yang baru berkahwin dan belum mempunyai anak:

4.00 pagi : Bangun dan mandi

4.30 pagi : Qiyam dan membaca Al-Quran

5.00 pagi : Sediakan Sarapan (Pakej Makanan dan Minuman).
Jika tempat kerja yang sama dan pulang ke rumah waktu lunch, masak untuk lunch sekali.

5.45-6.15 pagi : Solat subuh dan zikir (berjemaah kalau boleh)

6.20 pagi : Bersiap untuk ke tempat kerja
               : bersarapan bersama
               : ke tempat kerja masing-masing/bersama.

8.00 pagi-5.00 petang : Bekerja, Solat Zuhur, Solat Asar (Jika sempat)

5.00 petang : Pulang ke rumah. Jika pulang bersama, siapkan air untuk suami.

6.00 petang : Mandi dan berhias (Jangan lupa hias wajah dengan senyuman biarpun penat)
                  : Masak Makan Malam

7.00 petang : solat maghrib

7.30 petang : Makan malam bersama suami, bersihkan dapur.

8.30 malam : Solat Isya’ berjemaah
                   : menonton TV bersama
10.00 malam : sediakan makanan ringan* dan air
                     : gosok pakaian kerja sendiri dan suami untuk esok/seminggu
(kalau tak larat gosok pada hujung minggu)


*makanan ringan = buah-buahan, keropok lekor, homemade popcorn dan apa-apa saja makanan SELAIN JAJAN.

Ini hanya sebahagian contoh dan boleh adjust ikut timing kerja masing-masing kerana saya tahu, ada antara kita yang kerja shif, kerja swasta yang waktu kerjanya nine to six atau tak tentu masa. Jadi boleh la sesuaikan dan mulakan dari sebelum kahwin lagi…Boleh berlatih dengan menyediakan kerperluan atau makanan kepada ayah ibu. Jika dah biasa buat, itu satu bonus. But the main point is: DISIPLIN.

Jadikan jadual yang dibuat tu satu habit yang sebati dalam jiwa, but still flexible bila ada perubahan yang dijangka dan tidak dijangka berlaku.

Mungkin saya buat topik ni serius sangat gayanya…haha…Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi datang dan membaca perkongsian kali ini.


Berapa ramai yang ada pengalaman dan ingin kongsikan bagaimana mendisiplinkan diri, perkongsian kalian amat dialu-alukan dan boleh cerita dalam komen post ini.

Komen bagi menambahbaik kemahiran penulisan saya dari kalian juga di alu-alukan.

Terima kasih. Wassalam.

p/s: Hope that this article add value to your life. Saya ingat plead saya
I add value to other people’s lives.



Yuni Nuraini Roslan                           يو ني  نورعيني روسلان