Monday 30 September 2013

Disiplin dan Fokus: Pengalaman di Intensif Jutawan Industri 2013 (Terakhir)

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera....

Just a little sharing to be made here...(maaf jika grammar tunggang langgang)

Alhamdulillah saya telah menghadiri Intensif Jutawan Industri 2013 dengan jayanya selama 3 hari, meninggalkan suami dan anak2 di JB buat pertama kalinya...InsyaAllah pengorbanan mereka akan saya ingat.

Setelah kembali bertugas, satu demi satu perkara penting yang saya dapati dari IJI kelihatan jelas didepan mata...

Salah satunya adalah kepentingan DISIPLIN yang berkait rapat dengan fokus kepada matlamat yang jelas.

Di IJI, ada peraturan yang tidak membenarkan peserta menggunakan telefon bimbit, silentkan atau matikan (jika mampu) dan memberi sepenuh perhatian dan fokus kepada ilmu dan ELMU yang disampaikan.

Dan saya kembali bertugas dengan peraturan yang telah ditanamkan walaupun hanya 3 hari...InsyaAllah ini adalah post terakhir yang saya post dalam waktu bekerja.

DISIPLINyang ditanamkan adalah:

Buat perkara yang peribadi pada waktu-waktu peribadi
dan
Berikan fokus kepada kerja/pelajaran dalam waktu kerja/belajar.

My time is up. So hope to share again tomorrow. Or maybe tonight! ;p

Wassalam.

Saturday 28 September 2013

My Story

Assalamu'alaikum semua...

Izinkan saya  memperkenalkan diri dan story inspirasi (lah sangat!).

Saya mula ya...Boleh boleh?

Nama saya Yuni Nuraini binti Roslan.

Kepakaran saya adalah membantu gadis muda jelita berusia 20 hingga 25 tahun yang bakal mendirikan rumahtangga untuk membuat persediaan ilmu supaya anda lebih yakin untuk berhadapan dengan cabaran sebenar realiti "Perkahwinan di Usia Muda"

Ahamdulillah hari ini saya bersyukur saya dapat menghadiri Intensif Jutawan Industri dan berasa lebih positif untuk memperbaiki hubungan dan komunikasi bersama suami dan anak-anak dan terinspirasi untuk membantu menyelesaikan masalah ramai bakal-bakal pengantin muda untuk membuat persediaan dalaman untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.

Dulu, saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan keadaan saya rasa dah bersedia untuk hadapi semuanya..."Bersedia" kononnya dengan menganggap:




"Ok, aku akan ada teman untuk buat semuanya bersama-sama...Tiada lagi Bebelan...Best!"

Tapi....dengan usia yang muda dan kesilapan tidak menggunakan peluang yang saya ada untuk mengumpul maklumat tentang realiti perkahwinan, saya redah saja dan saya telah berkahwin pada Mac 2008.

Selepas itu begitu banyak cabaran datang. Kemahiran masak pun suam-suam kuku je, mengemas pun takat "boleh lah" je, yang cume pandai membasuh dan jemur kain....Everyday saya kena marah dan bebel. (itu saja yang saya ingat masa awal-awal kawin dulu...ahaha...)...

Things getting better after that but worse semula bila ada anak-anak. Dengan kemahiran masak yang baru nak naik, kena deal dengan permainan psikologi anak-anak pulak...



So hari demi hari sikap saya juga berubah dan problem tak habis-habis sehinggalah saya "tergedik-gedik" (kata suami saya) nak join Seminar Jutawan Industri, yang pada asalnya saya nak memperbaiki perspektif diri dan hubungan dengan suami PLUS buat bisnes supaya dapat handle rumahtangga...

Suami daftarkan saya ke Intensif Jutawan Industri dan bayar Full Payment sebagai tanda sokongannya atas usaha saya.

VAH! Kini saya TAHU matlamat saya. Saya terinspirasi untuk membantu bakal pengantin perempuan berusia 20-25 tahun membuat persediaan ELMU untuk melangkah ke gerbang perkahwinan dengan lebih yakin dan bersedia.

Berani Kahwin di Usia Muda!